Sekitar Jalan Pudu dipasang kawat duri

97

15 MEI: Beberapa kawasan sekitar Jalan Pudu dijangka akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkemas atau diperkasakan hari ini.

Ini selepas anggota tentera dilihat memasuki kawasan itu lewat malam dan memasang kawat duri di beberapa jalan dan laluan di kawasan tersebut.

Anggota polis juga berada di situ bagi membantu dan memantau kerja-kerja pemasangan kawat tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengatakan kawasan itu tidak dikenakan (PKP).

“Bukan lockdown tapi memperkemas dan memperkasa PKP tapi bukan PKP diperketatkan.. Serupa macam kita buat di pasar Raja Bot (Pasar Chow Kit),” katanya.

Tindakan tersebut kebiasaannya bersabit peningkatan jangkitan Covid-19 termasuk membabitkan pekerja atau rakyat asing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.