Peneroka Felda, Felcra dan Risda dapat bantuan Aidilfitri

86

15 MEI: Kerajaan akan memberikan bantuan Aidilfitri RM300 kepada peneroka Felda dan peserta Felcra yang berpendapatan B40.

Turut mendapat bantuan sama pekebun kecil Risda yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.

Ia akan disalurkan bermula Isnin depan (18 Mei).

“Kerajaan berharap bantuan khas ini akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut hari raya Aidilfitri yang menjelang tiba,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Keseluruhan bantuan itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta yang  akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka Felda, 90,000 pengusaha Felcra dan 292,000 pekebun kecil Risda.

Dalam kenyataan itu, PMO berkata kerajaan maklum berkaitan kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan pendapatan hampir 500,000 warga Felda, Felcra dan Risda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.