Mukhriz dijangka umum kedudukannya esok

188

15 MEI: Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-14 dijangka berlangsung, Ahad ini, selepas kesemua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selesai menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Kesemua Adun menghadap baginda dalam dua sesi bermula 10 pagi membabitkan 21 Adun Perikatan Nasional (PN) diwakili 15 PAS dan 2 UMNO serta dua lagi Adun Bebas, iaitu Azman Nasrudin (Lunas), serta  Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).

Kedua-dua mereka sebelum ini adalah wakil rakyat PKR tetapi keluar parti pada Selasa.Sementara itu, 12 Adun PH masuk menghadap Sultan Kedah kira-kira jam 3 petang, disusuli Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terakhir menghadap pada jam 4.30 petang.

Mukhriz dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai kedudukan kerajaan negeri dan jawatannya pada sidang media, esok.

Sementara itu, sumber memaklumkan, PN Kedah semakin hampir membentuk kerajaan negeri baharu menggantikan PH dengan majoriti 23 Adun dan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar dijangka Ahad.

Selesai majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang  baru pada Ahad, barisan Exco pula dijangka berbuat demikian pada Isnin.

Antara nama disebut-sebut dilantik menteri besar adalah Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga Adun PAS Jeneri Sanusi Mohd Nor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.