Imigresen tahan 113 warga asing di Selayang Baru

47

15 MEI: Seramai 113 warga asing, termasuk 36 wanita dan 11 kanak-kanak ditahan dalam satu serbuan di Selayang Baru semalam kerana melanggar peraturan Imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada 63 warga Indonesia, 22 dari Myanmar, 19 dari India, 6 dari Bangladesh, 2 dari Pakistan dan seorang dari Nepal.

Antara kesalahan yang dilakukan mereka ialah tiada dokumen sah, tinggal lebih masa dan memiliki dokumen palsu.

Katanya, mereka akan disiasat di bawah Akta Imigresen, Akta Pasport dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

“Semua 113 warga asing itu negatif Covid-19.

“Mereka akan diusir ke negara asal setelah menjalani hukuman dan akan disenarai hitamkan,” katanya dalam kenyataan

Khairul berkata, serbuan itu yang dilakukan di sekitar kawasan tempat tinggal warga asing ketika bekerja di pasar borong.

Katanya, Jabatan Imigrsen turut dibantu polis, Rela, Angkatan Pertahanan awam, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Dalam serbuan itu sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur minggu lalu, seramai 1,368 pendatang tanpa izin ditahan, termasuk 98 kanak-kanak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.