Adun mula menghadap Sultan Kedah pagi ini

107

15 MEI: Majlis menghadap mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sudah bermula pagi tadi.

Kenderaan membawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat keluar meninggalkan Wisma Darul Aman pada jam 10.40 pagi tadi.

Beberapa kenderaan Adun PAS juga dilihat keluar beberapa minit selepas itu.Difahamkan, semua mereka baru selesai mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Majlis mengadap itu diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Ia susulan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan cukup majoriti bagi pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 Adun di negeri ini, Selasa lalu.

Semalam media melaporkan semua 36 Adun akan menghadap Sultan Kedah bagi memaklumkan pendirian masing-masing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.