Johor, Perak benarkan solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat

156

14 MEI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah beri perkenan solat Jumaat di masjid dan surau diadakan di Perak mulai esok, menurut kenyataan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)

Menurut kenyataan itu lagi, solat sunat Aidilfitri boleh diadakan di masjid dan surau pada pagi Aidilfitri.

Katanya, bilangan jemaah solat Jumaat dan solat Aidilfitri di masjid, surau tidak lebih 12 orang.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) turut membenarkan hanya 12 orang menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau yang diberi kebenaran melaksanakannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata 12 orang terbabit ialah imam satu, imam dua, bilal, noja dengan lapan ahli jawatankuasa.

Tosrin berkata selain itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga berkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah diadakan.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka tetap perlu mematuhi garis panduan disediakan JAINJ dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Begitu juga dengan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri yang hanya boleh dilaksanakan 12 jemaah sama seperti solat Jumaat.

Bagi proses akad nikah pula, Tosrin berkata pelaksanaannya berkuat kuasa 17 Mei di pejabat kadi daerah.

Majlis hanya boleh dihadiri enam orang termasuk pengantin, wali dan saksi, katanya menambah seramai 872 pasangan dijangka mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan masing-masing, iaitu mereka yang diberikan kebenaran oleh pejabat kadi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.