BN letak calon PRK DUN Chini, MB Pahang pengarah jentera

19

14 MEI: BN akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan nanti.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Selasa lalu.

Persiapan awal telah digerak dan Dewan Tertinggi BN memutuskan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Pengarah Jentera PRK DUN Chini.

“Jentera itu akan dibantu Jabatan Urusan Pilihan Raya BN. Perkara lain mengenai PRK itu, BN akan tunggu pemakluman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Khamis.

Dalam perkembangan lain, turut diumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi Ketua Whip BN, yang akan bekerjasama dengan Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam hal berkaitan parlimen mulai persidangan parlimen mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14.

Sementara Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN negeri Selangor, manakala pegerusi negeri lain kekal seperti pelantikan yang dibuat. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.