Ziarah hari raya hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja

40

13 MEI: Ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dihadkan pada hari pertama perayaan sahaja.

Perkara itu diputuskan kerajaan melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.

“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.

“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, Rabu. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.