Penularan Covid-19: Hanya titah Agong di Parlimen Isnin ini

256

13 MEI: Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei dipinda dengan menetapkan tiada sidang selepas titah diraja istiadat pembukaan penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau menerima surat daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keputusan itu disebabkan penularan wabak Covid-19 ‘masih belum reda sepenuhnya’.

“Titah Diraja istiadat pembukaan penggal parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Isnin 18 Mei 2020, jam 10 pagi – Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.

“Pindaan ini selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu Ariff memaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat akan mengeluarkan notis baru kepada semua ahli Dewan Rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.