Rusia tamatkan larangan keluar bekerja

7

12 MEI: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam memutuskan larangan rakyat keluar bekerja yang sepatutnya tamat hujung minggu ini ditarik balik, biarpun negaranya mencatatkan pertambahan jangkitan kes baharu.

Justeru, Putin berkata berkuat kuasa hari ini larangan tidak boleh keluar bekerja bagi semua sektor ditamatkan.

Lebih 220,000 kes direkodkan dan bilangan 10,000 kes baharu setiap hari, Russia kini menduduki tangga keempat negara paling tinggi jangkitan selepas Amerika Syarikat (AS), Sepanyol dan Britain.

Meskipun virus itu tidak menunjukkan perkembangan positif, Putin tetap mengumumkan perintah larangan keluar bekerja akan ditamatkan pada hari ini.

Pusat pentadbiran, The Kremlin memperkenalkan larangan itu pada penghujung bulan lalu membenarkan pekerja bukan industri penting tidak perlu keluar bekerja namun tetap menerima gaji, sebagai usaha mengekang penularan wabak iaitu memerintah rakyatnya kekal berada di rumah.

Bagaimanapun, dengan kelembapan ekonomi disebabkan kejatuhan harga minyak dunia, ramai pemilik perniagaan sukar membayar gaji pekerja disebabkan operasi perniagaan tidak berjalan seperti biasa.

Presiden itu mengatakan bahawa beberapa wilayah di negara itu diberi kelonggaran untuk mengambil langkah tersendiri termasuk mengekalkan sekatan yang diperlukan bagi mengekang wabak itu.

Pengumuman presiden itu, yang disiarkan di televisyen milik kerajaan, selepas Russia mendaftarkan sejumlah kes harian dengan lebih daripada 11,000 orang dalam positif tempoh 24 jam lalu.

Pegawai mengatakan kenaikan kadar harian sebahagiannya disebabkan oleh ujian agresif, bahkan dalam kalangan mereka yang tidak menunjukkan gejala dengan lebih daripada 5.6 juta ujian sudah dilakukan.

Semalam, Putin berkata Russia perlu membiasakan diri untuk tempoh kuarantin atau pengasingan diri bagi memperkasakan sistem penjagaan kesihatan termasuk meningkatkan bilangan katil hospital supaya ribuan lagi dapat diselamatkan.

“Ini akan membolehkan kita menarik balik secara berperingkat fasa larangan dan perintah berkurung,” katanya.

Russia mencatatkan kadar kematian agak rendah berbanding negara Eropah lain dengan 94 korban dan 2,009 kes jangkitan baharu semalam.

“Kita harap bagi memulihkan ekonomi secepat mungkin,” katanya memaklumkan industri pertanian, pembinaan dan tenaga dibenarkan beroperasi paling terawal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.