Kerajaan PN Kedah bakal dibentuk dengan sokongan 23 Adun

346

12 MEI: Ketua Pembangkang Kedah, Sanusi Md Nor mendakwa 23 Adun negeri itu menandatangani akuan berkanun menyatakan hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, surat akuan itu sudah diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri yang akan diserah kepada Istana Kedah untuk dipersembah kepada Sultan.

Dalam sidang media sebentar tadi Sanusi berkata bahawa seramai 19 Adun di Kedah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan baru.

Adun PAS Jeneri itu turut mendakwa bahawa sebanyak empat Adun daripada Bersatu telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Mukhriz.

SANUSI MD NOR

 “Yang saya sebutkan tadi ialah 15 (Adun) daripada PAS, dua daripada BN dan dua bekas ahli PKR yang telah keluar parti tengah hari tadi dan empat Adun Bersatu.

“Dengan kehilangan kepercayaan, maka kerajaan PH Kedah telah jatuh dan hilang keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa serta-merta.

“Justeru itu, atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 Adun yang hadir pada hari ini bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Kedah yang baru atas nama kerajaan PN,” katanya.

Menurut Sanusi, bagi proses peralihan kuasa secara tertib dan aman, presiden parti gabungan PN di Pusat akan mengemukakan senarai nama  menteri besar baharu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan dipanjangkan kepada Sultan Kedah bagi pelantikan.

Menjawab soalan media, Sanusi berkata Adun Bersatu ialah Adun Guar Cempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, Adun Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad, Adun Ayer Hangat Jauhari Bulat, Adun Kuah Firdaus Ahmad.

Bagaimanapun, mereka katanya akan mengadakan sidang media berasingan berhubung keputusan masing-masing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.