Apa perasaan awak jika ‘dibabikan’ terlebih dahulu?

229

12 MEI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri pada Isnin terpaksa ditangguhkan selepas berlakunya kekecohan dan perang mulut antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.

Kekecohan itu bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mendakwa Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar tidak layak berada di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

Kekecohan semakin diluar kawalan apabila ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang didakwa diprovokasi oleh ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong sehinggakan berlaku tuduh menuduh antara mereka berdua.

Rakaman video perang mulut yang berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu, tukar dan menjadi perhatian orang ramai sejak semalam.

Ia ekoran perkataan ‘babi’ yang berkali-kali digunakan oleh Norhizam yang dipercayai sebagai serangan balasnya terhadap Low.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warga net berhubung rakaman video yang viral itu.

Norhizam yang juga beberapa kali sebelum ini pernah menjadi perhatian umum berkenaan beberapa isu yang dikendalikan olehnya termasuklah berkenaan sistem pengurusan isu babi di negeri itu.

Norhizam melalui laman Facebook miliknya https://www.facebook.com/ybnorhizamhassanbaktee/  walau bagaimanapun tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung perang mulut itu.

Beliau mendakwa, perkataan babi yang berkali-kali dilontarnya adalah sebagai ‘serangan balas’ terhadap bekas rakan partinya yang didakwanya terdahulu menggunakan perkataan babi tersebut sebagai provokasi terhadapnya.

Tambahan pula menurutnya beliau seorang telah diserang oleh tujuh orang daripada wakil pembangkang, yang juga turut mencetuskan kemarahannya.

Ikuti penjelasannya di video berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.