Covid-19: 70 kes baru, 1 lagi korban

13

11 MEI: Malaysia mencatatkan 70 kes baru Covid-19 dengan menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan ialah 6,726 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa 70 kes baru itu terdiri daripada 13 kes import dan 57 kes jangkitan tempatan.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa daripada 70 kes baru itu, 31 melibatkan warga asing.

“Daripada 70 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 6,726 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,504 kes, “katanya dalam sidang media harian COVID-19, Isnin.

Dalam pada itu, seramai 88 individu sembuh COVID-19 dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 5,113 atau 76 peratus daripada keseluruhan kes.

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini sebanyak 109 atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Hingga kini, terdapat 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian ke-109 (kes ke-6657) melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati.

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2020 jam 5.15 pagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.