PN dijangka ambil alih tadbir Kedah minggu ini

269

10 MEI: Kerajaan PH Kedah dijangka tumbang sebelum Jumaat ini apabila 4 Adun Bersatu dan 2 PKR meninggalkan gabungan tersebut.

Ini sekaligus menyaksikan Kedah bakal ditadbir kerajaan baharu daripada PN dengan majoriti 23 kerusi.  

Difahamkan, perbincangan sedang berjalan bagi menentukan calon Menteri Besar sama ada daripada Bersatu atau pun PAS.

Bagaimanapun, berdasarkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimiliki PAS, kemungkinan besar jawatan Menteri Besar akan diserahkan kepada parti itu.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya sudah menyatakan kesediaan parti itu menerajui pentadbiran negeri Kedah.

Beliau mengakui Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah hilang sokongan dan kerajaan PH sudah tempang.  

Selain PAS, Bersatu, PKR, kerajaan negeri turut dikuatkan dengan 2 wakil UMNO.,

DUN Kedah mempunyai 36 kerusi dan sebelum ini PH memerintah dengan hanya 19 kerusi – PKR (7), Bersatu(6), Amanah (4) dan DAP (2).

Gerakan menukar kerajaan Kedah bermula sebaik PKR memecat ADUN Sidam Robert Ling Kui Ee baru-baru ini.

Jika semua lancar, Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah jawatan sebelum persidangan Parlimen 18 Mei – hari ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin.

Bagi Mukhriz pula, perubahan kerajaan Kedah nanti seakan-akan mengulangi peristiwa Februari 2016 apabila beliau melepaskan jawatan menteri besar kerana hilang sokongan majoriti.   

Get real time updates directly on you device, subscribe now.