54 kes baharu, 1 kematian

18

9 MEI: Kes positif baharu Covid-19 hari ini mencatatkan dua angka iaitu 54 menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 6,589 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya juga merekodkan sebanyak 65 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad seramai 4,929 kes.

Katanya,jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,552.

Sebanyak 45 kes daripada 54 kes positif baharu itu terdiri daripada warganegara asing.

“Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan bahawa daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes, dengan sebanyak tiga kes dikesan dari kluster dan lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Tambahnya, hanya 1 korban Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah mangsa yang terkorban seramai 108 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 28 kes baharu positif Covid-19 dikesan setakat jam 12 tengah hari ini, membabitkan kluster Pedas, Negeri Sembilan.

Dr Noor Hisham, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif membabitkan kluster berkenaan sebanyak 88 kes.Beliau berkata, 81 daripada mereka adalah warganegara Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.