Sambung atau tidak PKP diumumkan 2 -3 hari sebelum 12 Mei

372

8 MEI: Sama ada kerajaan akan sambung atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 5 ia hanya akan diumumkan 2 atau 3 hari sebelum 12 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba perlu menasihati kerajaan sama ada perlu sambung PKP atau tidak.

“Tunggulah pengumuman. Kementerian Kesihatan akan beri nasihat kepada kerajaan kerana Akta 342 di bawah Kementerian Kesihatan.

“Seperti biasa mungkin 2 atau 3 hari sebelum tamatnya satu PKP, kerajaan akan umumkan. Jadi kita tunggulah pengumuman. Saya tak tahu lagi,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Muhyiddin tidak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei nanti dan kerajaan akan menilai data terkini Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.

Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP).

Antaranya, restoran dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti badminton atau tenis di luar tanpa penonton, joging, mengayuh basikal, golf dan larian tidak lebih 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakkan sosial.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.