Ahli Majlis PN sokong kepimpinan Muhyiddin

349

7 MEI: Ahli Majlis Perikatan Nasional (PNBBC) menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekalipun UMNO didakwa secara rasmi menolak cadangan penubuhan PN.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu tetap kerana majoriti ahli parlimen telah menandatangi Akuan Bersumpah (SD) yang memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri hari ini.

“Kami ahli-ahli parlimen telah tanda tangan SD sokong Pagoh sebagai PM. Tidak berubah, pimpinan Pagoh mantap. Majlis Rakyat sokong,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang menyatakan Mesyuarat Tertinggi UMNO telah bermesyuart menolak cadangan penubuhan PN dan sebarang idea untuk menyertainya.

Ini kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti BN, sebaliknya penyertaan UMNO tidak lebih daripada persefahaman dalam menyelamatkan Malaysia ketika krisis politik teruk melanda negara.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan untuk mendaftarkan PN secara rasmi mengambil kira krisis dalaman Bersatu serta kemampuan parti itu untuk bertahan dalam PN.

Jelas Asyraf lagi, UMNO akan tetap mempertahankan kerajaan PN sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kerajaan berpaksikan Islam dan Bumiputera ini mampu ‘memulihkan kerosakan’ ditinggalkan PH. – Oleh ASLINDA NASIR 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.