Umat Islam mungkin dibenar beribadat di surau, masjid

125

5 MEI: Umat Islam di negara ini mungkin tidak lagi perlu mempersoalkan larangan aktiviti di masjid dan surau sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan ianya mungkin akan ditarik balik tidak lama lagi.

Itulah bayangan yang diberikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas pihaknya telah menyiapkan garis panduan ibadah di masjid dan surau bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Garis panduan itu menurutnya dalam satu kenyataan semalam telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lalu.

“Bagaimanapun, pelaksanaan garis panduan ini adalah tertakluk kepada arahan kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya.

Bagaimanapun tambah Dr. Zulkifli, soal tempoh garis panduan ibadah itu bergantung kepada tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia. – Oleh YAZID ALIAS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.