Seremban diisytihar kembali di bawah zon merah

160

4 MEI: Sembilan daerah di seluruh negara masih diletakkan di bawah zon merah berbanding semalam selepas Petaling kini diletakkan di bawah zon kuning.

Seremban yang sebelum ini berada di zon kuning kembali diisytihar sebagai zon merah selepas kes aktif di daerah itu meningkat sehingga 45 kes.

Selain Seremban, lapan daerah yang masih zon merah yang masih merekodkan kes aktif adalah Lembah Pantai, Kuala Lumpur (221 kes); Kuching, Sarawak (131 kes); Kepong, Kuala Lumpur (96 kes), Titiwangsa, Kuala Lumpur (95 kes); Gombak, Selangor (87 kes); Kluang, Johor (67 kes), Hulu Langat, Selangor (48 kes) dan Kota Samarahan, Sarawak (47 kes).

Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan turut merekodkan 62 daerah diletakkan di bawah zon kuning.

Sementara itu, seluruh daerah di Melaka masing-masing berada di bawah zon kuning dengan bilangan kes antara satu hingga 40 kes.

Johor juga merekodkan hampir keseluruhan daerahnya berada di bawah zon kuning melainkan Kluang satu-satunya daerah masih diletakkan di bawah zon merah di negeri itu.

Johor Bahru yang sebelum ini diletakkan di bawah zon merah juga mencatatkan penurunan kes kepada 37 kes yang aktif.

Sementara itu, sebanyak 86 daerah seluruh negara diletakkan di bawah zon hijau iaitu sifar kes aktif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.