Koperal polis maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk

72

3 MEI: Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh kenderaan pacuan 4 roda itu selepas dilanggar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut.

Allahyarham berasal dari Ulu Kinta, Ipoh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.