Didakwa hina Melayu: Adik bongsu pengasas Jakel mohon maaf

84

3 MEI: ‘Kerana mulut, badan binasa’. Mungkin itulah yang terpaksa diterima oleh adik bongsu kepada pengasas gedung tekstil terbesar di negara ini, Muzaffar Jakel yang mendapat kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya yang didakwa menghina orang Melayu.

Kecaman itu diterimanya selepas beliau dikatakan memuat naik satu pengumuman melalui akaun Instagram sebelum ini, operasi gedung Jakel akan dibuka pada 4 Mei ini daripada 10 pagi hingga 10 malam. 

Bagaimanapun, tindakan beliau turut mengundang kebimbangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi kemungkinan terdedah kepada penularan wabak Covid-19 walaupun kerajaan membenarkan operasi perniagaan dibuka di bawah Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) bermula esok.

Bagaimanapun, Muzaffar sekali lagi memuatnaik kenyataan melalui akaun media sosial yang sama, “kesian aku dengan orang MELAYU SOP TU BAHASA MELAYU PUN TAK PANDAI BACA..”.

Kenyataan tersebut telah menaikkan kemarahan komuniti netizen Melayu, malah ada diantara mereka menuntut permohonan maaf selain mahu memboikot daripada membeli daripada gedung Jakel.

Bagaimanapun, Muzaffar dilihat memuatnaik kenyataan permohonan maaf kepada orang ramai atas kekhilafan dan ketelanjurannya dalam memuat naik kenyataan sedemikian.

Malah, beliau menegaskan kenyataanya itu merupakan pandangan peribadi dan bukannya mewakili syarikat Jakel selain kesal tindakannya itu telah menyinggung para pelanggan Jakel. – Oleh YAZID ALIAS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.