Langgar peraturan ketika PKPB masih dikenakan tindakan

23

2 MEI : Polis tetap mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula Isnin ini.

Ia selaras dengan Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pelaksanaan PKP tidak ditarik balik sehingga 12 Mei walaupun kerajaan mengumumkan  PKPB membabitkan kelonggaran beroperasi hampir banyak sektor. Tindakan tetap dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya, Sabtu sambil menegaskan bahawa peraturan sebelum ini masih berjalan dan orang ramai mesti mematuhinya kecuali ada perubahan tertentu ketika PKPB.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut berkata pergerakan pulang rakyat yang berada di kampung halaman ke bandar akan bermula dari 7 hingga 10 Mei ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan bagi memastikan kelancaran perjalanan berkenaan.

Sehingga kini, katanya, PDRM sudah menerima kira-kira 500,000 permohonan untuk pulang bekerja.-Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.