Jangan alpa kelonggaran sehingga lupa ancaman Covid-19

17

2 MEI : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mahu rakyat khususnya peniaga supaya tidak terlalu teruja dengan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan sehingga lupa ancaman Covid-19.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi  facebooknya hari ini, beliau sebaliknya meminta peniaga di negeri ini mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan.

“Jangan kerana keterujaan dengan kelonggaran yang diberikan menjadikan kita alpa. Tidak mustahil kes positif COVID-19 akan kembali meningkat,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan untuk membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi pada 4 Mei ini bagi memulihkan semua ekonomi negara dan rakyat di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Muhyiddin, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan berdasarkan data dan kriteria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, kelonggaran tersebut tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang sepenuhnya penularan wabak itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.