Hampir 3 ribu dikuarantin atas kapal persiaran

6

2 MEI: Hampir 3,000 kru dikuarantin di atas sebuah kapal persiaran milik gergasi pelancongan Jerman, TUI, selepas seorang pekerja terbabit dijangkiti COVID-19, menurut syarikat itu, semalam.

Seramai 15 kru kapal itu, Mein Schiff 3, menjalani saringan kesihatan selepas menunjukkan gejala selesema ringan, dan seorang daripada mereka disahkan positif wabak berkenaan.

TUI dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 2,899 kru terbabit akan menjalani kuarantin di atas kapal itu di pelabuhan Cuxhaven di pantai Laut Utara Jerman sehingga makluman lanjut kelak.

Bagaimanapun, katanya, tiada penumpang berada di atas kapal berkenaan. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.