Covid-19: 94 kes tempatan, 11 kes import dilaporkan

32

2 MEI: Kes baru jangkitan Covid-19 melonjak ke 105 kes hari ini, berbanding 69 kes semalam.

Peningkatan kes ini di saat negara sedang bersiap sedia untuk sekatan yang lebih ringan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun peningkatan kes ini juga hampir menyamai bilangan pesakit yang pulih dan dibenarkan keluar wad, iaitu sebanyak 116 orang.

Berbanding semalam hanya 39 pesakit Covid-19 sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika melaporkan perkembangan itu pada sidang media hari ini berkata daripada kes jangkitan baru itu, 11 daripadanya kes import dan 94 kes tempatan.

“Di mana 60 kes dikesan dari lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Ketika ini, seramai 1,747 kes aktif Covid-19 sedang dirawat, dengan 31 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar wad 4,326 kes, bersamaan 70% daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu 6,176 kes.

Jumlah keseluruhan korban Covid-19 kekal 103 kes, bersamaan 1.67% daripada jumlah keseluruhan kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.