Kerajaan Bayar BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei

44

28 APRIL: Kerajaan akan membuat bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi Fasa 2 mulai 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, bayaran itu membabitkan semua penerima BPN daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan 40% sederhana (M40).

Ketika membentangkan Laporan ke-3 Pencapaian BPN di Facebook hari ini, beliau turut memaklumkan sehingga 26 April, lebih 3.26 juta permohonan baru dan rayuan BPN diterima.

“Daripada jumlah ini, 2.96 juta permohonan baru dan 305,000 rayuan. Proses ini akan ditutup pada 30 April. Pengumuman pembayaran pula akan dibuat minggu depan selepas proses semakan selesai,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.