Solat Tarawih Secara Dalam Talian Tidak Dibenarkan

15

21 APRIL: Solat Tarawih tidak dibenarkan dilakukan secara dalam talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, syarat sah solat secara berjemaah adalah mesti ada fizikal dan nampak pergerakan dilakukan imam ketika solat.

“Sekiranya diadakan secara dalam talian, pergerakan imam itu tidak dapat dilihat termasuk berhadapan dengan masalah talian internet ketika solat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta solat di rumah sepanjang tempoh itu bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah Khaira PPZ, sini hari ini.

Tambahnya, solat tarawih lebih elok diadakan di rumah bersama keluarga kerana buat masa ini kesihatan orang awam perlu diutamakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.