Pelantikan Exco Perak Selepas Taman PKP

14

30 MAC: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri masih dapat berfungsi sepenuhnya walaupun beliau belum melantik barisan EXCO.

Katanya, kerja-kerja pentadbiran boleh dilaksana oleh ketua jabatan masing-masing berdasarkan undang-undang berkaitan.

Tegasnya, tiada tempoh tertentu untuk melantik barisan EXCO meskipun beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 13 Mac lalu.

Ahmad Faizal berkata, berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri tiada tempoh tertentu untuk melantik barisan eXCO.

“Di bawah Undang-undang Tubuh Negeri, tiada tempoh tertentu untuk melantik

“Dengan kerjasama erat daripada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh anggota pentadbiran, menteri besar dapat mengemudi operasi pentadbiran dengan lancar,” jelasnya ketika menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Tambahanya, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) operasi pentadbiran berkisar di bilik gerakan dan urusan seharian tertumpu perihal perkhidmatan kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

Bagaimanapun, beliau berkata pelantikan exco akan dilakukan selepas PKP ditarik balik.

“Dengan izin Allah, apabila wabak Covid-19 dapat dikawal bagi membolehkan perintah kawalan pergerakan ditarik balik, kita tentunya akan dapat meneruskan proses lantikan barisan EXCO,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.