Jaringan Internet Mampu Perkukuh Ekonomi Rakyat Luar Bandar

138

21 APRIL: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memikul peranan besar untuk memastikan pembangunan serta ekonomi rakyat di luar bandar dapat diperkukuhkan meliputi semua golongan sama ada nelayan sehinggalah kepada soal kepentingan orang asli.

Mengakui peranan tersebut amat mencabar, namun menterinya Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yakin agenda itu mampu direalisasikan melalui dasar serta perancangan yang telah dirangka

oleh KPLB ketika ini termasuklah langkah-langkah yang diambil dalam meningkatkan semula keupayaan rakyat di kawasan luar bandar  antaranya pembangunan jaringan internet yang lebih meluas.

“Contohnya, dahulu apabila bercakap soal pembangunan luar bandar kita mesti ingat soal kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik. Kita lupa bahawa suasana dunia ketika ini

menjadi kecil dengan adanya jaringan perhubungan internet yang juga dilihat sebagai satu kemudahan asas.

“Kita telah rancang dalam agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bersama Rancangan Malaysia Ke-12 yang mana suka atau tidak kita perlu perkuat serta perkukuhkan rangkaian

penyambungan internet sebagai satu asas pembangunan baharu di kawasan luar bandar yang dapat merapatkan jurang di antara kawasan bandar,” katanya dalam temu bual Program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1, malam tadi.

Dalam temubual selama satu jam itu, Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing turut menjelaskan bahawa pemantapan jaringan perhubungan internet di kawasan luar bandar sudah

tentunya akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pembukaan akses pasaran produk-produk tempatan yang lebih luas meliputi negara-negara ASEAN sehinggalah pasaran di peringkat antarabangsa.

Malah,perkembangan pasaran produk-produk tempatan itu katanya mampu mewujudkan rantaian ekonomi lain di kawasan luar bandar yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat setempat.

“Selain itu, kita (KPLB) juga sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan dan latihan kepada rakyat luar bandar sejajar dengan kenendak pasaran semasa. Contohnya di Mersing, kita

ada kursus kemahiran kepada anak-anak tempatan dalam bidang kimpalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.